Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Monday, January 31, 2011

NUHA & BAJUNYA...



salam semua..
kenai dak budak kat atas tu??? sapa lg...nuha la tuh...dah besar dah, 20/12/2010 genap 3 tahun..ni la peneman aku tiap2 hari,,pot pet tak henti2..:) Alhamdulillah..w/pun masih dlm fasa toilet train lg tp dah leh harap dah, siang takyah diapers lg tp malam standby gak..takut terbabas!!!heheheh..



ni projek masa nak buka sekolah la.dlm sibuk2 siapkan baju sekolah kakak2, dia pun sibuk nak baju gak..hmmm..buatkan maxi kembang kat dia..



dah lama sangat tak potong baju feseyen2 nih, bantai jelah labu....:)



hhaaaa...dah siap baju nuha. suka bukan main lg..!!!

nak buatnya kejap je, tak sampai sehari. tp nak mengumpul 'kerajinan' tuk mulakan projek tu yg lama..makan bulan lamanya..hehehe

Labels: ,

Saturday, January 29, 2011

AYAM MASAK KICAP



salam semua..

pagi2 lg dah masak ayam kicap, biasalah kat rumah aku nih pepagi lg mmg kena sediakan nasi & lauk pauk..sbb bigboss nak makan berat2 sebelum pi kheja. hehehe..mcm nak pi sawah lak kan!!!:)

pagi2 ni malas la nak masak susah2..lepas subuh terus masuk ofis, sediakan ayam masak kicap, urap kacang botol /kelisa & sayur tumis la utk si kecik nuha tuh...ingat malam nanti nak buat pecal je..:)

AYAM MASAK KICAP

bahan2:-

1 ekor ayam - potong ikut suka
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/3 inci halia
**1 keping kulit kayu manis
**3 biji cengkih
**3 biji bunga lawang
3 senduk cili kisar
kicap secukupnya
1 cwn air
garam secukup rasa
bawang besar - utk hiasan
daun bawang - utk hiasan
cili merah - utk hiasan

cara2:-

1) lumur ayam dgn garam kunyit dan goreng garing
2) tumbuk lumat bahan bertanda *. tumiskan, bersama bahan bertanda ** hingga wangi.
3) masukkan cili kisar dan kicap. masukkan air - biarkan mendidih.
4) masukkan garam secukup rasa. pastu masukkan ayam dan bawang besar. gaul rata.
5) angkat dan hiaskan dgn daun bawang & cili merah.

Labels:

APAM SALJU




salam semua..

beberapa hari lepas aku nampak apam ni berposing cantik kat umah ana, pastu kat umah nieza di helsinki lak..mood nak meng'apam' pun tiba2 membuak-buak, dah lama gak tak buat nih, bukannya tak suka makan..sukaaaa sangat tp malas..heheh..alasan biasa malas nak keluarkan pengukus :(, itulah kan nak seribu daya..taknak beribu2lah dalihnya...

nuha tak sabaq2 nak makan, panas2 lg dia dah minta. banyak bijik gak la dia makan..:)

menurut nieza, resipi ni dimabik kat umah kat yatie.. tq kak yatie & nieza jugak..:)

APAM BERAS @ APAM SALJU
Source: Kak Yatie
Bahan-bahannya
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
3. Perap selama 3 jam.
4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Labels: ,

Wednesday, January 26, 2011

AGAR2 ROTI



salam semua..

masa jenjalan kat blog mas duniaku terpikat lak kat puding roti dia..ptg td aku pun buatlah. Alhamdulillah jd dgn eloknya..dan sedap...tq ya mas.

mas, minta izin c&p resipi kat sini ya...tq...:)



Agar - agar Roti

Sumber : mas-duniaku

Bahan :

  • 1 peket agar - agar
  • 6 cawan air ( ikut sukatan plastik agar - agar tu )
  • gula - ikut manis
  • 1 tin susu cair
  • 6 keping roti - Mas guna kulit roti sekali
  • 1 biji telur
  • 3 jenis pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya :

  1. Roti ,susu cair dan telur disatukan, apabila roti kembang, blender hingga halus.
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
  4. Bahagikan ke3 bahagian dan masukkan warna tiap2 bahagian tu. Kacau rata.
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras.
  6. Sejukkan didalam peti sebelum dipotong.



Labels: ,

Tuesday, January 25, 2011

SAGU GULA MELAKA




menu nih utk berbuka semalam, antara menu faveret tuk berbuka..suka sangaattttt!!!
nuha pun suka gak, tp hasyim ngan hanim tak pandang pun..:(

nak buat pun mudah je..:)

SAGU GULA MELAKA

Bahan:-
1 cawan sagu
2 cwn air
1/3 cwn gula
pewarna
2 cawan santan pekat
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
daun pandan

cara:-

1) bersihkan sagu dan rendam dlm 1 jam.
2) masak air + gula + pewarna hingga mendidih. perlahankan api, toskan sagu dan masukkan dlm air gula. kacau sampai sagu kembang rata.
3) bila sagu dah kembang, angkat dan masukkan dlm acuan,. tak masuk dlm acuan pun ok je.
4) dlm bekas lain, masak santan masukkan daun pandan dan garam secukup rasa. kacau selalu jgn sampai mendidih.angkat. dah sejuk simpan dlm peti sejuk.
5) masak gula melaka dgn sedikit air, bila larut angkat dan sejukkan.
6) bila nak makan, letakkan sagu tuangkan santan dan sedikit gula melaka cair. sejuk2 mmg sedappp..

Labels: ,

Monday, January 24, 2011

NASI ULAM KEDAH




salam semua..

resipi ni mmg berul2 nostalgia, tiba2 teringat kat arwah tok yg amat rajin buat nasi ulam. punya la sabaq potong daun2 tu halus2..kalau nampak ulam yg aku potong gerenti kena leter..:(

aku amat2 suka dgn nasi ulam ni, gaulkan dgn nasi panas dan makan lak dgn sayur keladi..mmg umph...ada nasi ulam msti ada sayur keladi. kalau takdak rasa mcm tak lengkap je..sllnya aku lebihkan lada hitam dlm daun2 ulam tu..

NASI ULAM KEDAH
Bahan2:
Pelbagai jenis ulam (kalau kat kg, ada sekentut, kaduk, bebuas, putat, mengkudu, ulam raja, pegaga, gajus, dll) tp kat sini bantai je apa yg ada kat pasar.
Sekeping isi ikan kering (talang/haruan) – bakar & tumbuk halus
1 ½ cawan Kelapa – goreng hinga kekuningan dan tumbuk halus
2 sb lada hitam – goreng & tumbuk halus
3 btg serai – potong dan tumbuk halus
1 inci lengkuas – tumbuk halus
3 cawan nasi panas
Garam secukup rasa
Cara2:-

1. Ulam2 bersihkan, susun dr besar ke kecil dan gulung supaya senang nak pegang. Nak senang gulung dlm daun mengkudu, dan ikat dgn getah. Pastu potong dgn pisau tajam sehalus mungkin. (aku malas la, nak cepat bantai je la mcm bunga rampai jadinya..:))
2. gaulkan dgn semua kelapa goreng, serai, lengkuas, ladan hitam, garam dan ikan kering.
3. pastu, gaulkan dgn nasi panas – dah boleh makan.


SAYUR KELADI
Bahan2:-
3 btg keladi – siang bersih2 dan potong pendek
1 sb lada hitam
1 sb udang kering / ikan bilis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1sk gula
3 cawan air

cara2:-
1.tumbuk halus lada hitam, udang kering dan bawang.
2.masukkan kedalam periuk bersama dgn btg keladi
3.masukkan air, didihkan.
4. campurkan gula & garam. Dah siap.

Labels: , ,

UPSIDE DOWN APPLE CAKE WITH MELTED COCHOLATE




salam semua..

projek mengabiskan stok epal hijau, bila google jumpa resipi NOOrsha ni kat myresipi. not bad!! rasa masam manis epal, coklat & lemak badam mmg best..kek lak kurangkan manis.

tima kasih ya NOOrsha. minta izin C&P resipi kat sini ya...

Upside Down Apple Cake with Melted Chocolate


Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 2 biji epal (tak kisah nak pakai hijau @ merah)
  • 1 sb gula
  • 1 sb butter cair @ minyak jagung.
  • 125 gm butter
  • 3/4 cawan gula pasir - dikisar halus
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan ground almond
  • 2 sb susu tepung
  • 1/4 cawan air
  • 1 sk esen vanila
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk baking powder
  • 100 gm coklat masakan
  • 2 biji telur- grade A

Cara-cara

  1. Epal dibuang empulur, dan potong nipis. Gaulkan dengan 1 sb gula & 1 sb butter cair @ minyak jagung. Susun dalam loyang dan biarkan sebentar.
  2. Cairkan butter, sementara itu pukul telur & gula hingga kembang. Apabila kembang, satukan butter yang telah cair tadi dan esen vanila ke dalam adunan telur. Pukul lagi.
  3. satukan tepung gandum, ground almond, soda bikarbonat, baking powder dan susu tepung dan ayak. masukkan ke dalam adunan telur tadi. kacau hinggga rata kesemuanya.campurkan air dan kacau lagi.
  4. dadukan coklat masakan, gaul dengan sedikit tepung dan masukkan ke dalam adunan yg telah dipukul. kaup balik adunan, tuang ke atas loyang yg telah disusun dengan epal tadi.
  5. bakar pada suhu 170C selama 20 - 30 minit.
  6. hidangkan panas2.. sedap juge kalau nak hidang dengan aiskrim....tapi kalo x de pon x pe... :)


***kena terbalikkan masa panas2 sbb coklat masih cair..kalo tunggu sejuk jadila mcm kat atas tuh!!!:P



Labels: ,

Sunday, January 23, 2011

PERIA TUMIS CILI & UDANG




salam semua...

pg2 td dah masak kari ikan sembilang, lepas masak terus hidang & makan..sbb bigboss nak cepat gi keje..tghari masak peria pulak, utk bekal bigboss, alang2 dah nak pi sana, baik bawa bekal sekali..leh berkelah kat ofis tu..

tumis peria ni mmg sempoi..yg penting org yg nak makan tu suka..:)

PERIA TUMIS CILI & UDANG

Bahan2:

2 biji peria katak-belah 2 & potong nipis
udang - agak2 la banyak mana
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
garam secukup rasa
minyak utk menumis

cara2:-

1) cili, bawang, & belacan tumbuk hingga halus
2) panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk td
3) bila dah garing, masukkan udang - kacau sekejap
4) masukkan peria & garam secukup rasa. kacau sekejap saja jgn sampai layu, sbb peria ni ranggup kalau tak layu sangat. lgpun kurang pahit dibandingkan dgn peria yg besar tu..

mudah je kan!!! kan dah cakap..sempoi je.. i loike...:P



Labels: ,

Saturday, January 22, 2011

MEE GORENG MAMAK



mee goreng ni rasanya buat 4 hari lepas..baru sempat nak tempek kat sini sbb berukband ni buat hal tak sudah2..gerammmmm tahap gaban dah nih!!! register steamyx sampai hari ni tak pasang lagi, apahal tah..malas nak follow up bila bigboss kata nak pindah ke area klang pulak..bila??? entah..tak taulah...ikut jelah...

mcm biasa resipi ambik kat umah kaknor @ secubitgaram sbb kat sini tempat aku sll lepak2 w/pun t/rumah xde kat umah..takleh makan pun takpe la..tenguk gambo pun dah kenyang..hehhe..

aku letak la resipi kat sini utk rujukan ja..bolehkan kaknor...tq...

MEE GORENG MAMAK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1 bungkus mee kuning
daging (k.nor guna daging batang pinang) ~ dihiris nipis
fishball/sotong ball ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu besar cili mesin
5bj bawang merah ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj tomato ~ dihiris nipis
sedikit garam dan gula
2 bj telur
kangkung
sedikit air
minyak
timun batang
limau nipis

Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi/perang.
Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan sedikit air utk mengempukkan daging.
Masukkan fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
Kacau hingga telur masak dan masukkan kangkung yg dah dipotong.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan mee.
Kacau mee hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis bg menambahkan lagi keenakkan mee goreng ni.
Slmt mencuba..

* daging boleh digantikan dgn udang atau ayam tp K.Nor prefer letak daging.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.
*** kalau ada lebihan kuah kacang pun boleh masukkan dlm mee ni masa menumis rempah2 tu.


:a:

Labels:

Friday, January 21, 2011

KEK PISANG




salam pagi jumaat ya semua..

kek pisang dah 2 hari aku buat, terpesona ngan keayuan kek pisang kat rumah kaknor ganu nuh..tak abis2 menggoda aku..tambah2 lg bila nampak badam terterabur kat atas kek tuh..tak tahannnnn..!!!!

jd aku pun godek la..memandangkan pisang ada 6 biji aku pun abiskan semuanya, jd la 1 1/2 adunan..tu yg kek nampak tinggi semacam je..:)

alhamdulillah..kek ni mmg gebus, dah 2 hari pun masih lembut dan gebu lg. masa panas2 laju je makan, bila dah sejuk nih ada la lg dlm 3-4 potong, masing2 mcm tak nampak je...


sepotong ni tuk kaknor yg suka menggoda tuh..:P


Resipi ada kat umah kak nor @ secubitgaram dan juga kat My Resipi ya.

Tq kak nor, tq gak tuk sofinar yg letak resipi kek pisang kat MYR.

Labels:

Tuesday, January 18, 2011

BUAH MELAKA



hari ni masing2 kekenyangan makan nasi ngan gulai ketam dan ratah cendawan goreng, sampai sendawa pun rasa cendawan..heheheh:)

lepas ambik hanim ptg td, terus masuk dapur buatkan buah melaka..tetiba je rasa nak makan buah melaka..anak2 sibuk mandi sembahyang & mengaji..aku dok bersilat kat dapur siapkan buah melaka..mentang2 la cuti...:/

ramai dah tahu buat buah melaka kan...tp nak letak gak kat sini utk rujukan anak2..:)

BUAH MELAKA

bahan2:

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1 sk pandan paste
1 keping gula gerek @ gula kabung - potong dadu kecil2
1 cawan air campur 1/2 sb garam kasar
1 kelapa parut - putih sahaja gaulkan dgn garam halus

cara2:-
1) didihkan air dlm periuk.

2)masukkan tepung kedalam bekas, masukkan pandan paste. masukkan air garam sikit2, uli hingga sebati - air tak perlu habiskan. agak2 boleh bulatkan ok la..

3) ambil sedikit adunan, masukkan gula ditengah2 dan bulatkan hingga tutup gula sepenuhnya. kemaskan.

4) masukkan ke dalam air mendidih. buat sampai habis. sementara tu, mana buah melaka yg dah timbul dlm periuk bolehkan diangkat dgn penapis, masukkan ke dalam bekas berisi kelapa parut. golekkan atas kelapa. hidangkan.

Labels:

CENDAWAN GORENG TEPUNG



seumur hidup taknah nampak cendawan nih, mcm payung putih & besar2 lak tu..ptg semalam jiran belakang bagi satu besen jugak la. dah dekat maghrib masa tu, jd tak sempat nak gossip panjang..:)

rasanya manis, sedap..mcm isi ayam pun ada gak..selain buat sup, aku goreng tepung. ambik resipi kat rumah kaknor @ secubitgaram. Resipi asal kat rumah Izah. puas makan cendawan goreng, kalau beli kat pasar ciput je 1 cawan polisterin tu rm2..terkejut beruk jap ari tu..ingatkan rm1 je..ish3x..

to izah & kaknor, terima kasih daun keladi ye...nanti nak pi selongkar dapur lg.!! minta izin c&p resipi kat sini..

CENDAWAN GORENG TEPUNG by Izahdaut

250 gm cendawan tiram
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan rempah kari
2 sudu kecil garam
1 @ 2 biji telur

Tambahan : 1 sb serbuk cili & 1 sb serbuk lada sulah.

Caranya:
Cendawan dibersihkan dan disiat-siat mengikut saiz yang diingini. Toskan sehingga kering atau lapkan dengan towel bersih.
Satukan kesemua tepung, rempah kari dan garam ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati.
Kocokkan telur ke dalam mangkuk yang lain.
Panaskan minyak. Celupkan cendawan ke dalam telur, kemudian ratakan ke dalam campuran tepung tadi dan goreng.
Goreng sehingga warna keperangan dan rangup. Siap dihidang.

Labels:

GULAI LEMAK KETAM & NANAS




asyik2 ikan & ayam je, pg ni aku masak ketam la pulak..masing2 teruja bila masak ketam cuma aku je yg tak makan..sbb??? hmm sbb pe lg, alergic la..tak tahan nanti naik gatal2 kat muka. kalau kat tempat lain boleh tahan lg rasanya...:(

cewah, tak makan ketam konon tp kuah ngan nanasnya makan gak!! camne tuh???hehehe

aku masak sempoi je, gulai lemak dgn nanas. ni je cara masak ketam yg aku suka selain dr goreng tepung..terasa lemak manisnya tu..kuah kena banyak sbb anak2 suka makan nasi banjir...:)

GULAI LEMAK KETAM & NANAS

bahan2:-

4 ekor ketam - siang & belah 2
1/2 biji nanas - buang kulit & hiris nipis
2 peket serbuk kari ikan
1/3 cawan air
2 ulas bawang merah - mayang
1/2 inci halia - hilis nipis
1 labu bawang besar - tumbuk lumat
1/2 keping asam keping
3 cawan santan
garam

cara2:-

1) gaulkan serbuk kari, air, bawang merah, halia , bawang besar dan asam keping - masak atas api hingga mendidih.
2) masukkan ketam dan santan - biarkan mendidih lg.
3) masukkan nanas, garam secukup rasa.
4) bila mendidih, angkat dah boleh hidangkan.

masak sempoi2 ni mmg aku suka..:P

Labels: ,

APAM / PANCAKE




dah ada kari ayam, teringin lak nak buat apam lenggang..:)

ptg semalam aku buatkan apam lenggang, tp guna tepung gandum & tambah telur sebijik..bila masak nampak mcm pancake la pulak..rasa pun lemak2 gitu..cicah ngan kari ayam, best!!!

APAM LENGGANG
sumber : secubitgaram (tp aku dah edit la sikit..jgn marah ye..)

Bahan2:-

300g tepung beras (aku tukar tepung gandum)
270 ml santan
1 sk yis kering
60g gula
1/2 cawan nasi (aku letak 1 cawan)
secubit garam
1 biji telur - aku tambah

Cara:-

kisar semua bahan hingga sebati, peram sehingga 1 jam biar naik buih & kembang. guna bekas besar sikit sbb adunan akan naik /kembang. masukkan garam dan tambah air dlm 2 cawan kalau adunan pekat. bakar dlm kuali non-stick, tutup ngan penutup supaya cepat masak.

Labels:

KARI AYAM KAMPUNG& KENTANG




dah lama tak masak kari ayam. asyik2 ayam masak kicap..nak buat kari kena beli ayam kampung, baru best kan sbb isi dia keras sikit..bigboss suka sangatla ngan ayam kampung nih..:)

resipinya biasa je, sempoi tak letak kerisik pun..aku letak la resipi kat sini utk rujukan anak2 dan sape2 yg baru belajar masak tuh...!!!

KARI AYAM KAMPUNG

Bahan2:-

1 ekor ayam kampung - potong ikut suka
bawang merah- mayang
bawang putih-mayang
halia - hiris halus
daun kari
2 peket serbuk kari ayam/daging
1 labu bawang besar
2 cawan santan
2 cawan air (kalau nak kuah cair leh tambah air)
2 biji kentang - belah 4
1/2 keping asam keping
minyak utk menumis
garam secukup rasa

cara2:-

1) sediakan periuk, masukkan minyak dlm 3 sudu, tumis bawang merah, putih, halia & daun kari.

2) bila bahan tumis garing, masukkan serbuk kari yg dah di gaul ngan air, masukkan asam keping.

3) biarkan sehingga kari masak / garing (sampai naik minyak)-api kena slow, nanti hangus.. (peringatan tuk anak2 :))

4) masukkan ayam biarkan sekejap, kemudian masukkan santan dan air.

5) bila dah mendidih masukkan kentang, bila kentang dah empuk masukkan garam.

6) perlahankan api, biar sehingga naik minyak lg..pastu tutup api. bolehla hidangkan..

Peringatan : kari ayam panas2 jgn tutup rapat, nanti berpeluh dan cepat basi...

Cara cuci ayam :

1) potong ayam, bersihkan darah & bulu..
2) masukkan ayam dalam bekas, campurkan tepung gandum dlm 1 cawan, perahkan asam limau / asam keping - gaul rata, biarkan dlm 5 minit
3) bilas ayam sampai bersih
4) sebagai org islam, kita disunatkan membaca selawat setiap kali pd jirusan terakhir tak kiralah makanan ke, baju ke atau apa saja..

Labels: ,

Monday, January 17, 2011

DONUT KELEDEK..




waaaa....lembutnya donut nih, sedap sangat sampai tak ingat berapa biji masuk mulut...:)

bee ambik resipi ni kat umah izahdaut..tima kaish ya izah, nanti nak cuna resipi kuih lapis tu,.rajin la izah melapis...minta izin C&P resipi kat sini ya..tq..

DONUT KELEDEK

ilham dari Ros Jintan Manis

sumber resipi: izah muffin lover

terima kasih tuk kaknor jugak ja...

Bahan2:
• 500 gram tepung gandum
• 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
• 4 sudu besar susu tepung
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• 200 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
• 3 sudu besar marjerin
• 3 sudu besar gula
• 3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Labels:

SOTONG ORIENTAL..




ni bukan 1st time buat, dah banyak kali sebenarnya..tp tak sempat nak post. apa2pun resipi nih mmg best..aku ambik resipi ni kat umah kaknor @ secubitgaram, salasilah resipi ni tak la pasti sangat..tp ikut n3 kaknor, katanya resipi ni diambik dr rumah Madiha..aku C&P dari rumah kaknor jelah..boleh ya kaknor..

Terima kasih ya kaknor, terima kaish tuk Madihaa jugak...

SOTONG ORIENTAL

sumber resipi : kaknor @ secubitgaram

Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.


pada yg belum cuba tu, cubalah...tak rugi...:)

Labels:

Sunday, January 16, 2011

telur puyuh & tempe..



salam semua..

la nih setiap sabtu & ahad mmg sibuk sikit, org lain hujung minggu lepak kat umah tp aku sibuk kat ofis la pulak...:( takpa la, bukan org lain, ofis laki sendirik gak..

N3 ni pasal puyuh lg, kali nih telur puyuh lak..anak2 yg suka tp aku kureng la sikit..

pastu tu buatkan lak begedil tempe faveret bigboss tu..yg nih aku pun suka...:)



best nih makan ngan nasi panas2...

Labels: ,

Friday, January 14, 2011

ROTI GULUNG SOSEJ




hehehe..
sepatutnya chiffon tu nak post semalam tp internet slow sangat, nak kena tukaq broadband la rasanya..ada ka patut nak kena tunggu kul 1am ke atas baru leh online...hmmm tak berbaloi rasanya bayar rm100 sebulan tp boleh online waktu pepagi buta hingga 10 pg je..pastu tersangkut2..hampeh...!!!

pg ni bee buatkan roti gulung sosej je tuk breakfast anak2..mudah, cepat & sedap...!!!

Labels:

MOIST COKLAT CHIFFON..



sumber resipi : Mat Gebu @ Myresipi & DTS

salam pg jumaat semua...:)

petang semalam anak dara request coklat chiffon, suka betul diorang dgn cake chiffon resipi CMG nih..ari jumaat hari bigboss lepak kat umah. nak masak apa ya? dlm gobok ada telur puyuh & tempe je. ptg baru nak pi beli ikan kat pasar tani...



belum kasi kasi make-up..

Labels:

Thursday, January 13, 2011

PUYUH GORENG BEREMPAH



sumber resipi : kaknor @ secubitgaram & love2cook

salam pg khamis semua..

dah jd kebiasaan pg2 bangun sediakan sarapan tuk anak2 dulu..sandwich / nasi goreng atau apa2lah tuk diorang makan sebelum ke sekolah. pastu balik aje dr hantar anak ke sekolah terus la bersilat kat dapur siapkan nasik tuk bigboss lak sbb pg2 dah biasa makan nasi sebelum pi keje..ni merangkap lunch la tuk kami kat rumah.:)

pg ni bee goreng popia inti otak2 ke tuk anak2..pastu jiran belakang lak hulur samosa, heheheh..rezeki tuh..Alhamdulillah..

Utk bigboss, pas masak nasi terus gorengkan puyuh berempah, buatkan sup telur suun tuk nuha & bendi bersambal..sedappppp...:)

mcm nilah tiap2 hari..malam sebelum lelepkan mata dah kena fikir nak masak apa pg esok...

Labels:

Wednesday, January 12, 2011

ASAM PEDAS IKAN MERAH




Salam semua..

Ikan Merah ni bigboss yg pancing hari minggu lepas. Besaq gak..lebih 1 kg rasanya, jenuh nak menyiang..sib baik la ada peralatan yg cukup:)

Arwah mak suka sangat buat sup ikan merah..mulanya nak gak buatkan sup tp bila bigboss kata buat asam pedas..emm ye jelah.

Ikan fresh kan, mmg la best...anak2 suka sangat ratah isi ikan tu..minggu depan rasanya nak ikutla bigboss mmancing..hehehe..

ohya, bee mula minat asam pedas ni sejak belajaq kat itm shah alam. ingat lg masa tu ada sorang member dr muar, dr dia la bee belajar masak asam pedas.

Labels:

Saturday, January 8, 2011

CUCUR BADAK versi pisang..




Salam pagi Sabtu semua...sihat???? harap semuanya sihat ya..

Rasanya 2 hari lepas nampak cucur badak kat rumah kak fiza. tunggu gak kot2 kak fiza nak baling ke rawang 5-6 ketul..emmm tak sampai2 pun, takpe la..buat la sndirik:)

semalam dah buatkan inti..pi pasar beli pisang sbb bee mmg suka cucur badak versi pisang nih..ingatkan nak buat minum petang semalam, tp minyak lak cukup tuk goreng sebijik je kot..tu yang tergendala tu..

bila keluaq ke pasar bukit sentosa semalam, ada la satu kedai jual minyak tu pun sorang 1 peket je, bee beli satu peket..pastu suruh lak dayah masuk beli lg 1 peket..hehehee..

pelik betul la..carik minyak jagung pun abis, minyak bunga matahari pun abis, minyak zaitun ada la dlm gobok tu..tp tu tuk tumis sayur je, kalau nak buat goreng kuih melampau la tuh...!!!

ok, since dah ada 2 peket minyak nih leh la teruskan projek cucur badak semalam..

Hari ni seharian akan berada di alam budiman...:)

Labels:

Wednesday, January 5, 2011

Alunan Kasih....



ku terguda....hehehe:)

nampak kek ni kat rumah kak nor ganu beberapa hari lepas..tup2 hari ni nampak lak kat umah izah daut..chantek je depa dok posing..jeles2, kena buat gak..

sementara nak tunggu ambik anak kul 1 tu, sempat la godek sat. malangnya masa nak masuk oven, oven lak buat hal..tak tau apa big boss dah buat ngan suis oven tu, td tiba2 je tak hidup..adusss...cam mana ni, oven standby dah dihantar ke cheras lak..

dgn muka tak malu terpaksa la roger jiran belakang, tumpang oven dia...hehehe..okla kan, bukan org lain, jiranku juga, leh la kongsi tuk minum petang kan...:)

rasa kek ni sama je ngan kek marble kan, cuma kelainan dr rupanya je la..lapisan 1 dan 2 tu lapisan coklat tu nipis sangat agaknya, tu yg kurang menyerlah..

apa2 terima kasih tuk tuan nye resipi, dah juga kaknor & izah tuk inspirasi..

Labels: