Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Thursday, May 19, 2011

ROTI KENTANG

heheheh...gulai ikan yu tu projek lama, yg ni projek batu..Roti Kentang, dah lama simpan hajat nak buat roti kentang nih..anak2 pun suka..aku ikut resepi Hana dlm Majalah Jelita tu..Alhamdulillah menjadik..

layan je lah gambaq2 tak seberapa kat bawah nih ye..:) nak siapkan puding karamel kat anak2 dara nak berbuka petang nih!!!



To Hana...tq ya!!! harap2 lepas ni rajin la pulak nak buatkan congo bars...:P

Labels:

Friday, May 6, 2011

BUN BURGER & ROTI SARDIN




Assalamualaikum..

punya la lama kiv resepi bun burger ni..ni kes tergoda tenguk bun burger & burger ikan tuna cik Mat Gebu la nih..terus c&p resepi pastu peram..kalau pekasam dah lama leh makan..hehehe!!!


aku c& p resepi ni dr rumah Mat Gebu - DTS, timakasih daun keladi ya Cik Mat..:)

BUN BURGER (Alex Goh)

Sumber : DTS Mat Gebu

BAHAN DOH BUN BURGER :-)
400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH BUN BURGER :- Satukan semua bahan doh kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kuran 20 minit menguli jika guna tangan). Bulat2 kan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam bread maker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK BUN BURGER :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar. Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat2kan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, tekan sedikit doh tadi. Buat hingga siap. Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau perang keemasan, sejukkan atas jaringan.

tp aku buat bun burger je, seru nak buat burger ikan tuna tak sampai lg..tersangkut kat tengah jalan. pas buat burger ni tiba2 teringin lak nak buat roti sardin kak nor bila tenguk mas buat tayangan amal..anak2 siap order suh buat lg..amboi!!


ikut resepi, kaknor celup telur bhgn potong tu je..tp aku celup semua roti..heheh ni kes dah buat baru baca step by step la nih..sib baik la ok kejadiannya..yg penting sedap!!!

ROTI SARDIN

sumber : kak nor @ secubitgaram

Bahan2:
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.

Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..

Labels:

Sunday, March 27, 2011

APPLE ROLL BUN

Assalamualaikum...

dah hari Ahad, sebelum tido semalam sempat godek roti nih, Apple Roll Bun..tido semalam dalam keharuman bau apple dan kulit kayu manis..semerbak je sampai pagi. Breakfast roti ni je pagi nih..kembang semangkuk jadinya...:)


Terima kasih ya Mat Gebu...suka sangat ngan roti yg ada rasa epal cam nih...!!! minta izin letak resipi kat sini ya...

APPLE ROLL BUN

Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN DOH ROTI :

250 gram tepung roti

50 gram gula halus

1/2 camca teh garam halus

125 ml air

10 gram susu tepung

1/4 camca teh bread improver

1/4 camca teh bread softerner

30 gram telur (pecahkan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)

20 gram mentega

6 gram instant yeast (mauripan)

BAHAN TABUR :

2 camca besar mentega, dicairkan

3 camca besar gula perang

2 biji epal hijau, dikupas dan parut kasar, perah sedikit airnya

1/2 camca teh serbuk kayu manis (optional)



CARA MEMBUATNYA :

1.UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

2.UNTUK APPLE ROLL BUN:- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis(jika guna) tadi rata2. Akhir sekali ratakan parutan epal hijau. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.

3.Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..


Labels: ,

Wednesday, March 23, 2011

BUN PANDAN BERKAYA

Alhamdulillah..hari ni suka sangat2 sbb usaha buat bun boleh dikatakan berjaya la...ada la rupa bun dan sedap...geram je tenguk org lain dok post N3 roti yang gebu gebas tu..dah banyak hari copy resipi kat rumah izah, maka hari ni terlaksanalah hajat...:)

aku buat bun pandan berkaya, tp aku tak letak kaya mcm CMG, mula2 tu nak letak raisin tp anak2 muncung je bila cakap nak letak raisin..tu yg tukar ke coklat cip. dah buat nak bg depa makan, ikut je lah selera depa no...

hasilnya...

hehhehe..mcm terlebih bakar je kan, set sampai 30 minit, pasni 25 minit dah ok rasanya..

ni lak dalamnya...



ok tak? ok tak? hehehe...dah faham sikit teknik2 yg diterangkan oleh kaknor tu..lepas ni bersemangat nak meroti lg...heheheh

Tima kasih ya kaknor, sayang kaknor..muah..muahhh..

Minta izin ya CMG, Hasue & Izah tempek resipi kat sini lak..tima kasih daun keladi...

BUN PANDAN BERKAYA

sumber: Hasue & CMG

C&P dr blog Izah

BAHAN-BAHANNYA :-)

350 g tepung roti (high protein flour)

200 ml air sejuk (dari peti sejuk) *saya letak 200ml santan sejuk

50 g gula halus

1/2 camca teh garam halus

3 camca teh instant yeast

1 camca teh bread improver

20 g serbuk santan * saya tak letak

1 camca besar susu tepung

1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)

30 g mentega

1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-) bee letak bijan ye..

Kelapa kering secukupnya

Seri kaya secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.

KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...

Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.

Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan.

Labels:

Sunday, March 20, 2011

BUN COKLAT

Assalamualaikum...

dah lama gak tak buat roti..bila korek2 dlm stor tu ada la dlm 500g lg tepung roti, jd buatkan la Bun Coklat..resipi ambik kat rumah kanda ganu nuh..:)

bun yg aku buat nih, ok la..lembut tp mcm terkurang coklat kan..mmg tak letak pun coklat emulco, lupa...hehehe..camna leh la pun taktau la..yg geramnya atas bun tu..tak mau licin cam kaknor nya tu...semacam je..sib baik sedap..

kaknor..ce citer, ce citer apasal atasnya jd camtu.????

Kaknor kata resipi ni asalnya dari ayin yin, kaknor ambik kat rumah mamafami..aku lak ambik kat rumah kaknor..jd minta izin ya C& P kat sini..

COFFEE BREAD by Ayin Yin (amik kat rumah MamaFaMi)
sumber : kaknor secubitgaram..

190 g high protein flour (I used multipurpose flour)
50 g sugar
2 g salt
6 g instant dried yeast
1/2 teaspoon bread improver
1 egg yolk
50 g fresh milk
12 g instant coffee (I mixed 2g nescafe granules with 10g hot water)
60 g water roux
1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added) *
30 g butter

Method : (Breadmaker method)

1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.
2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.
3. Set the Breadmaker to Dough function.
4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough 35g portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
6. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.
7. Leave to proof till double the size.
8. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
9. Once out of the oven, brush with butter.

* K.Nor tak ada stok cappuchino coffe emulco, jd K.Nor ganti dgn coklat emulco
** Sebelum membentukkan doh, K.Nor masukkan choc chips dan uli hingga sebati.

~~~~~~~ *X* ~~~~~~~

Labels:

Wednesday, February 9, 2011

BINGKA @ BENGKANG ROTI




dlm dok google2 carik resipi bingka roti, aku tersesat kat rumah CB..lum penah amsuk lg sebelum ni..bila masuk terbekenan lak dgn resipi bingka @ bengkang roti nih..resipi asal dari hana jepun tu...bukan apa, nak habiskan baki roti lepas buat roti poket tuk piknik..roti poket??? hmm..tak sempat nak snap gambar pun..kejap je licin lgpun dok sibuk berendam dlm air yg sejuk kat hulu bening tuh sambil layan nuha..hehehe :)




Cb, minta izin c&p resipi kata sini ya...tq gak tuk hana...

BINGKA ROTI

Bahan-bahan
sumber : Kak Hana Jepun Mali & Mas (tokey resepi ), Kak Izah

5 keping roti putih - Cb buh 7 keping
400ml santan kotak ( Cb buh 300ml santan kotak + 100ml air )
100ml susu cair ( Cb buh lebih sikit dlm 150ml )
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
1 sudu kecil essen vanilla
2 biji telur di pukul sedikit

Cara-cara

1. Carik roti tuh kecik2 n then rendam dengan santan sampai kembang (CB tambah 1 sudu makan minyak sapi)
2 Dlm mangkuk lain , satukan telor,tepung gandum,gula,garam,essen vanilla, serta susu cair. Kacau seketika sehingga gula halus.
3. Tuangkan No.2 dalam No. 1 . Kacau lagi sekali
4. Gris loyang dgn sedikit mentega. N then bakar bingka pada suhu 170 darjah selama 1 jam atau sehingga masak.


nota : bee tambah karamel sebelum bakar dan mix fruit dlm adunan..


Labels: ,