BUN BURGER & ROTI SARDIN
Assalamualaikum..
punya la lama kiv resepi bun burger ni..ni kes tergoda tenguk bun burger & burger ikan tuna cik Mat Gebu la nih..terus c&p resepi pastu peram..kalau pekasam dah lama leh makan..hehehe!!!
aku c& p resepi ni dr rumah Mat Gebu - DTS, timakasih daun keladi ya Cik Mat..:)
BUN BURGER (Alex Goh)
Sumber : DTS Mat Gebu
BAHAN DOH BUN BURGER :-)
400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH BUN BURGER :- Satukan semua bahan doh kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kuran 20 minit menguli jika guna tangan). Bulat2 kan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam bread maker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.
- UNTUK BUN BURGER :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar. Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat2kan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, tekan sedikit doh tadi. Buat hingga siap. Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau perang keemasan, sejukkan atas jaringan.
tp aku buat bun burger je, seru nak buat burger ikan tuna tak sampai lg..tersangkut kat tengah jalan. pas buat burger ni tiba2 teringin lak nak buat roti sardin kak nor bila tenguk mas buat tayangan amal..anak2 siap order suh buat lg..amboi!!
ikut resepi, kaknor celup telur bhgn potong tu je..tp aku celup semua roti..heheh ni kes dah buat baru baca step by step la nih..sib baik la ok kejadiannya..yg penting sedap!!!
ROTI SARDIN
sumber : kak nor @ secubitgaram
Bahan2:
10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak
Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.
Cara2
Potong dua bun burger.
Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
Labels: roti


2 Comments:
bee....sunggoh gebus and muuuuuuunggeel.....je itew bun bugger....:)
sedappkan kak roti sardin ni....
amboiii...rajinnya buat bun burger...
cantikkk...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home