Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Saturday, January 29, 2011

APAM SALJU




salam semua..

beberapa hari lepas aku nampak apam ni berposing cantik kat umah ana, pastu kat umah nieza di helsinki lak..mood nak meng'apam' pun tiba2 membuak-buak, dah lama gak tak buat nih, bukannya tak suka makan..sukaaaa sangat tp malas..heheh..alasan biasa malas nak keluarkan pengukus :(, itulah kan nak seribu daya..taknak beribu2lah dalihnya...

nuha tak sabaq2 nak makan, panas2 lg dia dah minta. banyak bijik gak la dia makan..:)

menurut nieza, resipi ni dimabik kat umah kat yatie.. tq kak yatie & nieza jugak..:)

APAM BERAS @ APAM SALJU
Source: Kak Yatie
Bahan-bahannya
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
3. Perap selama 3 jam.
4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
6. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Labels: ,

6 Comments:

Blogger Sue @ Nenie said...

Salam Kak Bee..
Alamakkk apam lah pula...Sedapnya...emm kena cari kelapa parut juga ni, baru boleh mula project...

January 29, 2011 at 8:09 AM  
Blogger Mas said...

pernah buat apam ni..memang sedappppp...

January 29, 2011 at 8:10 AM  
Blogger izahdaut said...

comel dan apam ni memang best!!

January 29, 2011 at 9:06 AM  
Blogger ~Norul Mas Hana ~ said...

kalerful tu apamnyer...lagi la anak2 suka =)

January 29, 2011 at 3:33 PM  
Blogger Unknown said...

wah apam dah sampai sini pula...sedapkan lembut jer ..terima kasih yer mencuba resepi tu...nk tapau 2 ketoi...hehe

January 29, 2011 at 6:37 PM  
Blogger Bee said...

salam..

sue, pi cari kelapa parut cepat!!!lembut, gebu & sedap...

mas, 1st time buat apam beras nih, sllnya guna eno..papun sedap!!

izah, betul3x..:)

Norul, yelah..mula2 nuha makan yg merah dulu, habis merah kuning lak..yg hijau tu last sekali..:)

Nieza, ambik2x...tq mmg sedap pun...!!!

January 29, 2011 at 10:49 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home