Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Wednesday, March 30, 2011

SUP TELUR & SUUN

salam pagi Rabu semua...

Pg Rabu selalunya rumah sunyi sbb anak2 ada Ko-Ko, tinggal berdua ngan Nuha je..kul 10.30 am nanti kena jemput hanim dr sekolah pastu hantar semula ke sekolah kul 12..kul 1pm ambik hasyim sebelum hantar semula kul 3pm..rasanya para suri rumah lain jugak buat yg sama gak kan, sejak2 aku dok rumah ni anak2 tak nak naik van sekolah..alasannya van ambik cepat dan sampai rumah lak lambat...oklah demi anak2 kan..


hari ni masak sup telur & suun je, ni mmg faveret Nuha nih..kena letak Suun banyak2 sbb dia akan minta Suun je..


pastu buatkan sambal sotong lawan kpd sup suun di atas..sotong pun potong biasa2 saja sbb tak rajin mcm kak nor ganu yg tersangat la rajin siap ukir2 sotong tu..ya ampun, kalau nampak sotong aku cantik camtu maknya mood aku tersangat la baiknya..heheh:)

Di sini, aku nak ucapkan tahniah kepada kak nor & hana di atas kemunculan resipi2 masing2 dalam Majalah Jelita keluaran April, 2011.. bangganya dengan dua2 sifu nih!!!

Labels: , ,

Monday, March 28, 2011

STRAWBERY CREAM CHEESE BUTTER CAKE

mula2 nampak kek nih kat rumah kak jun, terus copy resipi..ye lah apa2 kek yg ada buah2 masam manis & cheese ni mmg aku suka sangat la. pastu simpan dulu, bg laluan kat resipi lain dulu....semalam lak nampak kek nih kat rumah kak yatie, tu yg semangat nak buat tuh..tp aku letak fresh strawberry baki dr fruit tart tempohari..


ni keknya..nampak tak buah strawberry yg tak sekata tuh..hmmm letak adunan tak sama tebal la tuh...

Terima kasih ya kak jun untuk resipi nih...minta izin c&p kat sini lak ya...

BLUEBERRY CREAM CHEESE BUTTER CAKE

SUMBER: Kak Jun (yummylicous-jun)

Bahan-Bahan


  • 1 1/2 cawan gula halus

  • 1 sudu teh esen vanilla

  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)

  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder, diayak)

  • 250gm butter

  • 250gm cream cheese

  • 1/3 cawan susu segar

  • 3 biji telur

Cara-Cara


  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)

  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.

  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.

  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.

  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.

  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.

  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.



Labels:

AYAM ROS PANDAN

hari ni pi sekolah akak, ada mesyuarat PIBG & anugerah cemerlang untuk tahun 2010..tp aku pi lambat la..lepas masak2, kemas baru pi sekolah..sampai dlm kul 9.30..majlis dah mula tp sib baik lum turn anak ambik hadiah lg...

sebenaqnya malas betul la nak pi mesyuarat pibg nih, bigboss x sempat nak pi tu la sbbnya kena pi jugak. lgpun sekolah ni sekolah baru..baru masuk tahun ke-2, keputusan PMR & SPM tahun lepas adalah yg sulong utk sekolah tu,.kdg2 rasa cuak je tp aku harap sangat dgn barisan pibg yg baru ni pengurusan sekolah akan bertambah mantap demi kejayaan anak2..tambah2 lak kakak spm tahun nih...

sebelum pi td sempat masakkan Ayam Ros Pandan nih..dah lama KIV nih, ramai yg dah cuba kan. Tak rugi aku cuba..bigboss & budak2 suka ..alhamdulillah..


Rasanya ni rsepi CMG, tp aku C&P kat rumah kaknor je..tq to both of u!!! minta izin letak resipi kat dapur bee lak yea...

Ayam Ros Pandan

Resepi Asal : CMG - Dapur Tanpa Sempadan

Sumber : Kak Nor - Secubit Garam

Bahan :

  • 7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
  • 1 cawan air
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar bawang goreng
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang kayu manis
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan.

Bahan Kisar Halus :

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato merah
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci halia
  • 1/3 inci lengkuas
  • 1 camca besar sos tomato

Cara Membuatnya :

  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

Labels:

Sunday, March 27, 2011

APPLE ROLL BUN

Assalamualaikum...

dah hari Ahad, sebelum tido semalam sempat godek roti nih, Apple Roll Bun..tido semalam dalam keharuman bau apple dan kulit kayu manis..semerbak je sampai pagi. Breakfast roti ni je pagi nih..kembang semangkuk jadinya...:)


Terima kasih ya Mat Gebu...suka sangat ngan roti yg ada rasa epal cam nih...!!! minta izin letak resipi kat sini ya...

APPLE ROLL BUN

Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN DOH ROTI :

250 gram tepung roti

50 gram gula halus

1/2 camca teh garam halus

125 ml air

10 gram susu tepung

1/4 camca teh bread improver

1/4 camca teh bread softerner

30 gram telur (pecahkan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)

20 gram mentega

6 gram instant yeast (mauripan)

BAHAN TABUR :

2 camca besar mentega, dicairkan

3 camca besar gula perang

2 biji epal hijau, dikupas dan parut kasar, perah sedikit airnya

1/2 camca teh serbuk kayu manis (optional)



CARA MEMBUATNYA :

1.UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

2.UNTUK APPLE ROLL BUN:- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan2 dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis(jika guna) tadi rata2. Akhir sekali ratakan parutan epal hijau. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.

3.Isi setiap potongan dalam paper cup bersaiz 4 inci, tekan sedikit biar leper. Buat hingga siap dan perap 45 minit. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan baki mentega cair. Biarkan sejuk dan boleh hidangkan.... Selamat mencuba..


Labels: ,

FRUIT TART


hmm..dah lewat nih, sambil tunggu rolled apple bun kat dlm oven tu, aku nak post projek hari nih..Fruit Tart..resipi mat gebu kat myresipi..

pendek kata, layan jelah fruit tart nih..


Terima kasih ya CMG, minta izin tempek resipi kat sini ya..

FRUIT TART

Sumber : Mat Gebu @ Myresipi

Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz acuan masing2 )

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
  • Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

2. UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.

4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.

5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.

6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.

7. Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.

8. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat.

Labels: