DONUT KELEDEK..
waaaa....lembutnya donut nih, sedap sangat sampai tak ingat berapa biji masuk mulut...:)
bee ambik resipi ni kat umah izahdaut..tima kaish ya izah, nanti nak cuna resipi kuih lapis tu,.rajin la izah melapis...minta izin C&P resipi kat sini ya..tq..
DONUT KELEDEK
ilham dari Ros Jintan Manis
sumber resipi: izah muffin lover
terima kasih tuk kaknor jugak ja...
Bahan2:
• 500 gram tepung gandum
• 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
• 4 sudu besar susu tepung
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• 200 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
• 3 sudu besar marjerin
• 3 sudu besar gula
• 3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Labels: donut


4 Comments:
mmg lembut sesangaatt... mekasih kt kak nor yg mereka resepi neh..hihi.. lawoooonya buat pintal2 tu.cam kt kedai la kak..ni kena buat the making ni...hihi
berpintal2 ler bee..cantik!
izah, mmg lembut..nak buat the making kena suruh kaknor yg rajin tuh :)
kaknor..budak2 nih kalu buat donut nak yg berpintal!!!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home