Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Wednesday, April 20, 2011

PUTERI AYU


Assalamualaikum..

resepi Kuih Puteri Ayu ni dah lama sangat aku simpan, copy resepi terus beli acuan 2 dozen lg punya semangat nak buat..pastu peram aje, sampai dah lupa ada acuan puteri ayu tu..:)

sebenarnya hanim suka sangat ngan kuih ni, tp jiran belakang suka buat dan sll hantar ke rumah sbb tu yg tak jd buat...(hehehe..alasan!!!)..masa buat mega cleaning bulan lepas baru jumpa acuan tuh, huh..packing pun belum buka!!! masa jiran sebelah kenduri ari tu buatkan gak kuih ni..Alhamdulillah w/pun kali pertama buat hasilnya gebus sungguh...


aku ikut resepi kak azita kat myresepi..tp derhaka sikit la..aku letakkan filling blueberry dlm nya..:)


PUTERI AYU

Sumber : Rossitamz kat Myresipi

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Labels: ,

1st Award!!! TQ...

Assalamualaikum...

hehehe..lama gak tak jengah2 dapur member2 kat sini, rindunya!!!!

ari ni boleh bernafas tahap normal sikit..lega sesangat!!!! ooohhh nikmatnya boleh relax2 depan pc sambil menziarah dapur org...:D

tgh2 free ni, nak ambik kesempatan la tuk angkut award yg diterima dr Azlita (Masam Manis), Chikadak Biru & Ayu (Litchen Colours)..ni 1st award tau yg aku terima..suka3x, tima kasih ya tp maaflah sbb lambat ambim & gantung kat sini...ampun..!!!

mula2 gantung award tu kat sini..,ok!



terima award drpd :

Azlita
Chikadak Biru
Kitchen Colours

Cerita tentang diri sendiri:-

- nama sebenar Rabiaah Saad, anak 4 org setakat nih 3 perempuan & 1 hero
- asal kedah buat masa ni tinggal kat rawang, ada desus desas bigboss nak ajak pindah ke klang, tp belum dpt apa2 arahan..jd buat bodo je la..hehehe (x nak pindah sebenarnya!!!!)
- suri rumah sepenuhmasa, sambil2 baking cupcakes, cistat, cookies ...
- dulu2 sangat malas masuk dapur, maklumla tinggal ngan nenek...tambah2 lg dok asrama lak tu...yg tahu makan je la...tp insiden kena perli ngan mak & bapak tiri sbb tak pandai masak sayur amat menikam kalbu..masa tu 19 tahun , sangat2 rasa tercabar. lepas tu terus menuntut ilmu masak memasak ngan nenek...:)
- berblog ni utk suka2 je, boleh gendeng2 dapur member2 sambil2 tambah ilmu masak2...kalau masa mengizinkan ber'update'la blog nih..
- kpd yg sudi berkwn bee ucapkan berbanyak2 terima kasih..kalau ada terkasar bahasa semasa menyapa atau bergurau senda tu harap dimaafkan..dan jika ada apa2 yg kurang senang tegurlah ya...maklumlah saya budak baru belajar!!!!:)

tu jelah ye..:D

pastu kena bg kat 15 blogger yg baru jumpa...memandangkan bee terima ni dah lama dan bee nampak kebnyakan blogger lain semua dah dpt award nih..so bee rasa sapa2 yg baru kenal bee tu sudi2kan ambik ya...(aci tak cam nih??? leh la yea..)

Masa dok jalan2 masuk kuar rumah member2 td, bee terperasan lak ada dpt award gak dr Izah Muffin Lover (hehehe izah,,,..dah dpt mcm2 gelaran nih...!!!)

tq ya izah, maaf jua yg kupinta sbb lewat ambil ya...hehehe..


Terima kasih daun keladi....:)

Labels:

Wednesday, April 6, 2011

KERAPU OH KERAPU...

habis keje semalam bigboss terus pi memancing ngan member2 dia, sampai rumah pun dah dekat kul 2am...sib baik bawa balik kerapu besaq lak tuh maunya dekat 6 kg rasanya. dulu2 marah tul kalau bigboss kuar mancing dgn member2 dia..sampaikan kalau pi mancing mesti dia tak bagitau, mesti kita ngamuk nye..tp la ni dah cool sikit, biaq la dia ngan hobi dia tuh, asal tak lupa anak bini dah...:) (ayat pasrah sebenarnya nih...!!)


so hari ni kita buatkan sweet sour 1/4 dr ikan tu..bahagian ekor je tuh, ada lg 3 bahagian!!!


pastu buatkan pajeri terung yg dah lama sangat dok peram hasrat, memandangkan bigboss kuar keje lambat hari nih tu yg buatkan pajeri, ada la member utk suap2 kan..kalau ngan anak2 diorang tak layan pajeri nih..

pasni nak sambung projek shell cistat lg...esok siaplah, Insyaallah..

Labels: , ,

FRAMBOZEN KENARI & TERHARU...

minggu ni mcm lipas kudung jadinya..kena siapkan order cistart & cookies tuk wedding Sabtu ni. tp hari ni sempatkan diri godek Frambozen Kenari yg amat2 diminati arwah emak semasa hayatnya...ramai gak sedara yg tangkap cintan ngan biskut nih..2 hari lepas Tun ada bertanyakan resepi biskut nih...tu yg buatkan siap last sekali buat masa raya tahun lepas..

Resepi asal aku ambik kat blog Chetam..tp dah banyak diubah ikut kesesuaian..

FRAMBOZEN KENARI


Bahan-Bahannya :
250 gm butter
350 gm tepung gandum
55 gm gula caster
1sk emplex

Bahan Taburan :
Jem
Badam hiris

Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
1 biji gm putih telur
60 gm gula halus
1 sk tepung jagung


Cara Membuatnya :
1. Gaul rata gula, tepung dan emplex.
2. Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut. tak perlu habiskan semua 250g tu..agak2 tepung dah boleh kepal aje.
3. Ratakan adunan dalam loyang 10x 10 (loyang cutter) - guna loyang biasa pun ok je..
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170'C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
5. Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 15 minit.
6. keluarkan cutter semasa panas, sebelum keluar goyangkan dulu cutter supaya tak melekat. atau Biskut ini dipotong semasa panas jika tak gunakan cutter.

Harap Tun puashati ya..

Kisah Terharu..

Baru2 ni ex-boss minta tolong aku buatkan kertas kerja tuk company, biasa la mmg keje aku la tu kan, aku ok je...sejak2 dok rumah ni tulah antara kkeje part time aku..:) aku pun minta la ofis courierkan dokumen yg diperlukan, tp tak sampai2..tiba2 hari ni ada ABX hantar dokumen kat rumah..aku ingatkan mesti la dokumen yg aku dok tunggu tu.. tu pelik je..


tertanya2..apa la dlm kotak nih, kdg2 takleh teka brg dlm dgn tengok kotak je kan...

Terkujat jap...dan amat2 terharu hingga menitis airmata tanpa sedar...

Terima Kasih...kerana memahami & sentiasa mengingati diriku...!!!:D




Labels: ,

Monday, April 4, 2011

PUDING HORLICK




(acuan sri ayu ni dah lama bebeno aku beli, tp x pernah pun buat sri ayu..ni 1st time guna..)

projeck memuding semalam, sbb lain nak abiskan susu cair & serbuk Horlick yg dah berkurun tu..budak2 kat rumah ni mmg pelik, kalau Horlick kat kedai tu minum pulak tp kat rumah tak sedap konon..entah apa yg kurang tak tau la..

aku ikut resepi kat Myresepi..

PUDING HORLICK

Sumber : Myresepi

Bahan-bahan ( 4 - 6 org )

  • sebungkus agar2 yg besar
  • 6 cwn air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan horlick
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara

  1. masukkan agar2 dan air dlm periuk.biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
  2. dlm mangkuk,pukul telur sehingga kembang.
  3. masukkan esen vanilla,susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td.
  4. setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. kacau perlahan.
  5. akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. bila sudah masak,tuang di dalam acuan dan letak d dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

Labels: ,

Sunday, April 3, 2011

BUBUR NASI

ptg semalam ke rumah MIL..tido sana pg td baru balik, anak teruna sorang tu sakit tekak la pulak....minta bubur nasi tu yg buatkan bubur ayam ni..

sedap lak layan bubur org sakit nih, semua layan bubur je hr nih..:)


aku ambik resepi ni kat Myresipi..resepi Che'iza, mmg sedap!!!

oklah...aku tempek resepi kat sini lah ya supaya mudah nak review balik nanti, tq ya che'iza..

BUBUR AYAM

Sumber : che’iza myresipi

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN * (bee tak letak pun sbb org sakit tak sempat2 dah nak makan..:))
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk
  • telur masin

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....

Labels: ,