Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Saturday, February 26, 2011

POPIA NESTUM

tak tau la dah berapa lama dok simpan kulit popia tuh, masa beli tu ingat nak buat samosa tp bila ter'rajin' uli tepung, maka jdlah karipap..semalam bila nampak kulit popia tu rasa cam nak buat popia nestum lak..

jd sebelum tido semalam sempatla gulungkan kulit popiah dgn bertemankan nuha...mata dah kuyu pun masih taknak tido, nak tunggu bapak gak..hmm yelah anak bapak..

lepas hantar anak2 pi tuisyen td terus gorengkan popia tuh...



tp kat kedai td takde stok nestum, yg ada cuma SUPER Cereal perasa coklat je..tu yg gelap je tuh..:) aku blend creal 3+1 tu dan campurkan sikit horlick..

apa2pun tetap sedap...

Labels: ,

IKAN PERCIK & TAUHU SUMBAT

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

pagi sabtu..takdak plan lg nak pi mana2, mungkin dok rumah aje kot sementara tunggu bigboss balik sbb dah janji ngan nuha nak main layang2. tak tau la kul baper nak sampai rumah..nuha lak tak henti2 tanya leh main layang2..hmm..sabar nak ye!!!

semalam aku masak ikan percik je, nampak resipi kat rumah kak yatie. resipi asal dr buku resipi kak hanieliza...


**versi terkurang kuah..Alhamdulillah anak2 suka!!!

k yatie & kak liza, minta izin letak resipi kat sini ya..tq..


IKAN PERCIK

Resipi : kakhanieliza

copy : k yatie


Bahan- Bahan

  • 2 ekor ikan selar/kembung/bawal- saya guna 5 ekor ikan kembung
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil halba
  • garam secukup rasa
  • Bahan Mesin Halus
  • 20 tangkai cili kering- saya guna 1/2 cwn cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bwng merah- saya tambah
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup- saya tambah
  • 5 batang serai-(3 btng saya kisar, 2 btng saya titik je)

Cara-Cara

  1. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan, ketepikan dulu.
  2. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga naik minyak dan pekat.
  3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yg telah pekat tadi.
  4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.
  5. ** Saya bakar ikan, pastu ketepikan dulu...bila nak makan baru siramkan kuahnya.


pastu buatkan gak tauhu sumbat, dlm usaha nak kurangkan nasik nih best gak ratah tauhu sumbat tu..:)

Alhamdulillah..kenyang!!!

Labels: ,

Friday, February 25, 2011

PULUT DAKAP

Assalamualaikum semua & selamat pagi jumaat...


uish..sedaq tak sedaq dah nak abis bulan januari kan, rasa cam baru je sambut tahun baru..!!! hasyim dah abis ujian fasa 1, kakak2nya mula ujian minggu depan..la nih dok sibuk latihan sukan pulak..anak2 aku nih tak cenderung sangat ke sukan, pemilihan bola jaring tuk wakil sekolah pun tak lepas..tak macam maknya dulu, aktif segala2nya..:)


ptg semalam hujan lebat tp tak lama, dlm sejam je..dlm hujan2 tuh dok teringat pulut dakap, rasa cam best je tambah2 lg stok pisang dok ada kat umah, selongkar gobok ada lak beras pulut sikit dan stok kelapa pun ada dlm esbok..hmmmm ok lah leh buat projek. daun pisang leh ambik kat pokok belakang rumah...bukan rumah aku tp rumah jiran..:) teduh hujan sikit terus lari ambik daun pisang..hehehe..

sementara tunggu masa nak ambik hasyim dr sekolah agama, sempatlah balut dan kukus pulut2 dakap tuh..


kalau kat kedah, masa musim mempelam mmg biasa makan pulut lemak ngan pelam..tempat lain tak tau lah..tp anak2 aku jgn harap la nak makan mcm tuh, pelik je diorang tenguk..pulut durian pun diaorang tak gheti makan. bagi memenuhi tekak sendiri, aku tukar la pisang ngan pelam dlm 4 ketui je, cukuplah aku sorang je nak makan pun..


bila balik ambik hasyim dah leh makan..Alhamdulillah, pulut & pisang anak2 makan tp yg pelam bagai dikata la..tak dilayannya....

Labels: ,

Thursday, February 24, 2011

KERABU KACANG BOTOL / KELISA



hari ni pepagi lg dah buatkan kerabu nih tuk bigboss..tp aku campurkan ngan isi ikan tongkol..mula2 beli ikan tongkol tuk buatkan kerabu..tp bila nampak kacang botol rasa cam sedap lak..so combinekan dua2..mmg sedaplah ratah mcm kak nor kata..:)

KERABU KACANG BOTOL
resipi : K.Liza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan
20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.

Labels: ,

KROKET KENTANG BERKRIM

kroket kentang ni antara faveret anak2, buat2 banyak2 frozenkan..resipi asal dari Pn Yani kat Myresipi..tp aku ambik resipi ni kat rumah Rabiatun..:)


yg belum goreng..buat banyak2 sekali dan simpan..

Tun, kakbee C & P resipi kat sini ya..terima kasih jugak untuk Pn Yani..

Creamy Potato Croquettes

by Yani MYR

source:Rabiatun

Bahan-bahan:

  • 2 biji ubi kentang saiz besar - direbus dan dilenyek halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang/dadu halus
  • 2 sudu besar daging/ayam cincang
  • 1 sudu besar mentega
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya

    bahan2 sos krim:
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
    1/2 - 1 cawan susu segar
  • garam dan serbuk lada sulah secukupnya

1 biji telur - dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya

bahan2 sos pencicah - gaul rata:

  • mayonaise
  • sos cili
  • sos tomato

    cara:
  • panaskan mentega di dalam kuali
  • tumiskan bawang besar sehingga naik bau
  • kemudian masukkan daging/ayam cincang, garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • kacau sehingga daging/ayam masak
  • padamkan api
  • masukkan ubi kentang yang telah dilenyekkan tadi dan gaulkan sebati. ketepikan
  • panaskan mentega di dalam periuk
  • masukkan tepung dan kacau sehingga ianya bertukar menjadi perang
  • kemudian masukkan susu segar
  • sentiasa kacau supaya tidak berketul
  • masak sehingga pekat
  • kemudian tuangkan ke dalam adunan ubi kentang tadi (jangan tuangkan kesemuanya pandai agak2)
  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat (seperti membuat pegedil)
  • lakukan sehingga habis
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • >ambil satu adunan bulat tadi, celupkan ke dalam telur dan coverkan dengan breadcrumbs
  • goreng sehingga keperangan
  • angkat dan hidangkan dengan sos pencicah
  • sedap dimakan panas2
Sedap..tak rugi cuba..
:face75:

Labels:

KARIPAP KELEDEK DAGING

Assalamualaikum, selamat pagi semua..


dah bekfes??? kami kat rumah hari nih bekfes karipap je, semalam angin rajin sikit tuk buatkan inti karipap dan uli2 tepung ..buat comel2 je, dpt banyak gak dlm 60 biji.. pastu goreng separuh masak dan frozenkan..., bila2 nak makan boleh terus je goreng..:)


resipi karipap nih aku main campak2 je..tp kalau nak resipi aku suka resipi hana6877 kat MYR tuh..

hana, minta izin letak resipi kat sini ya..tq..


KARIPAP KELEDEK

sumber : hana memories or MYR

Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam skit
  • air
  • INTI
  • 5 biji keledek
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • air

Cara-cara

  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas. Bancuh air+garam.Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Cara2 kelim karipap bleh lihat di sini yer.. http://www.myresipi.com/top/detail/8677 Goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan.
  5. Karipap sebelum dgoreng. Bleh juga terus dfrozenkan.

pg2 nih anak2 bekfes karipap je, tp biasala bigboss still ngan nasiknya..kena masak gak nasik & lauk pauknya tuh..!!

Labels: ,

Wednesday, February 23, 2011

CIKGU TASKA

Jak2 jd surirumah nih, bz memanjang...selama ni ingat kalau dok rumah tu lehla relax, rupanya idok yea..!!! penat ngalahkan kerja pejabat..celik2 mata dah ada tugas menanti..siapkan bekfes, membasuh, menjemur, men'iron', melipat, menge'mop' tak tau berapa kali sehari, masak, masak dan masak lg...tu belum masuk jd drebar tak tau berapa trip, dan juga jd cikgu taska kat mak nenek sorang nih...

memandang tv dah di'off'kan tuk tahun nih, jdnya terpaksa la layan dia baca buku..kalau buku nipis 3-4 m/s tu aku tak kisah sangat, nak ulang 10 kali pun takpa tp kalau dah komik doraemon nak suruh bacakan..mau nangis aku..:(


dahtu, kena la main lukis2 ngan dia..dah sebijik cam cikgu taska dah..cuma anak murid aku sorang je..kalau lebih pun 2-3org anak jiran sebelah & belakang..mmg kena banyak sabaq...sabaq..sabaq..


pastu lak, kena karaoke la..bukan lagu apa pun..lagu feberet dia lagu rama2 (ehmm..buka lagu ella ya), satu labah2, burung kakak tua, old mcdonalds & twinkle2 little star..ohya lg satu lg barneys tu..i love you, you love me, we are happy family..sambil2 tu sibuk nak peluk2 kita..seronok..mmg seronok. terasa 1 hari tu mmg betul2 terisi...:)

Labels:

TALAM KAYA LABU



assalamualaikum & selamat pagi..

sejak 2 menjak ni nampak banyak lak n3 berkaitan labu kan..musim labu ka la nih??? entahlah..aku ni mmg peghak sikit ngan labu nih, kalau jumpa kat pasar tu tak pernah terfikir nak beli..tak tau lak nape..tapi yg aku ingat labu ni buat sayur lemak ngan pucuk meranti mmg best, manis lemak labu lawan ngan pahit meranti tu..wow!!! lama dah tak makan..

ptg ahad lepas jiran belakang bg labu, lama dok fikir nak masak apa..dok godek2 cari resipi kat MYR terjumpa ngan resipi Talam Kaya Labu kak wan..ala2 kuih lapis gitu, tu yg teruja nak buat. bila dah masak, masing2 dok belek je, pastu tekan2, ada lak yg hidu2..eee..geramnya..

tak leh jd, kalau biaq kat rumah mmg takkan habisnya last2 nanti takut masuk tong sampah..aku angkat satu dulang bawa pi bawah pokok jambu depan rumah, time tu mmg time jiran2 aku dok berkumpul la..borak2 sambil2 ber'tukar-tukar' pendapat..hehehe:)

hurmmm..laju je, senang hati aku..baru 1 loyang yg abis, ada lg 3 ketui kecik2 kat rumah tu..kena makan sendiri lah gamaknya...:(



*** hehehe..abaikan aje rupa talam yg sememeh tu ya, aku mmg tak gheti bab2 talam nih..(banyak lg benda yg aku tak gheti sebenonya.!!)
***sepatutnta 4 lapisan (2 kuning, 2 putih), tp bekas kecik tak cukup lak nak buat 4 lapis, 3 je tu pun nampak cam 2 je kan..:(

Kak Wan Citarasawan, minta izin letak resipi kat sini ya.. terima kasih!!

TALAM KAYA LABU
Resipi : Citarasawan

Bahan-bahan ( Loyang 9" empat segi )
• Bahan Lapisan Labu
• 500gm isi labu (dikukus dan dilecek)
• 70gm tepung jagung
• 60gm tepung sago
• 200ml santan pekat KARA
• 200ml air
• 220gm gula halus
• 350gm telur (optional)
• 2 helai daun pandan
•
• Bahan Lapisan Putih
• 90gm tepung beras
• 100gm tepung ubi
• 400ml santan pekat KARA
• 170gm gula halus
• 1 sudu kecil garam
• 400ml air
• 2 helai daun pandan
Cara-cara
1. Lapisan Labu : Satukan bahan untuk lapisan labu, gaul rata dan kisar sekejap dalam pengisar dan tapis.
2. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja. Keluarkan daun pandan.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke dalam loyang yang telah dileser sedikit minyak dan kukus selama 10 minit.
4. Lapisan Putih : sementara itu, satukan bahan lapisan putih, gaul rata dan tapis.
5. Tuang adunan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap. Keluarkan daun pandan. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Tuangkan 1/2 adunan ke atas lapisan labu yang dikukus tadi. Kukus selama 5 minit.
6. Ulangi proses melapis hingga habis. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong
8. kali ni kak wan tak masukkan telur. jika suka boleh masukkan.

Labels: , ,

Friday, February 11, 2011

KEK KUKUS ASAM MANIS


salam semua...

ptg td tercapai gak hasrat nak buat kek kukus asam manis nih...bahan2 rasanya dah seminggu beli..tp setiap kali nak buat ada aje rintangan (hehehe..rintangan konon...cakap je malas kan senang!!!)

tp ptg td paksakan diri jugak..dah terasa2 kat mulut kek nih, takleh jd kena buat gak :)
dah siap kukus, hanim lak kata tak suka ngan versi kukus nih, sbb lembab sangat dia nak yg bakar..disebabkan dia puasa hr ni, jd aku pun layan je la tekak dia..so buatkan versi bakar pulak.

yg versi kukus aku ikut resipi dayang jack, resipi ambik kat dapurmas duniaku..tq ya mas dan juga dayangjack..suka sangat tengok kek lapis dayang mmg teringin nak cuba tp takut sbb aku nih jenis malas nak melapis2 nih..

minta izin c&p resipi kat sini ya..

(versi kukus)

Kek Lapis Asam Manis Kukus

Copy : Dayang jack

Sumber : mas-dapurmas duniaku

Bahan :

  • 2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 sb ovalette
  • 2 sb horlicks - optional
  • 125 ml susu segar (sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 80 ml minyak jagung
  • kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
  • sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
  5. Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
versi bakar guna resipi kakfida..resipi kay SINI..ikut resipi mmg kukus tp sllnya bila buat anak2 lebih suka yg bakar..so aku pun sllnya bakar la..



Labels: