Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Monday, January 24, 2011

NASI ULAM KEDAH




salam semua..

resipi ni mmg berul2 nostalgia, tiba2 teringat kat arwah tok yg amat rajin buat nasi ulam. punya la sabaq potong daun2 tu halus2..kalau nampak ulam yg aku potong gerenti kena leter..:(

aku amat2 suka dgn nasi ulam ni, gaulkan dgn nasi panas dan makan lak dgn sayur keladi..mmg umph...ada nasi ulam msti ada sayur keladi. kalau takdak rasa mcm tak lengkap je..sllnya aku lebihkan lada hitam dlm daun2 ulam tu..

NASI ULAM KEDAH
Bahan2:
Pelbagai jenis ulam (kalau kat kg, ada sekentut, kaduk, bebuas, putat, mengkudu, ulam raja, pegaga, gajus, dll) tp kat sini bantai je apa yg ada kat pasar.
Sekeping isi ikan kering (talang/haruan) – bakar & tumbuk halus
1 ½ cawan Kelapa – goreng hinga kekuningan dan tumbuk halus
2 sb lada hitam – goreng & tumbuk halus
3 btg serai – potong dan tumbuk halus
1 inci lengkuas – tumbuk halus
3 cawan nasi panas
Garam secukup rasa
Cara2:-

1. Ulam2 bersihkan, susun dr besar ke kecil dan gulung supaya senang nak pegang. Nak senang gulung dlm daun mengkudu, dan ikat dgn getah. Pastu potong dgn pisau tajam sehalus mungkin. (aku malas la, nak cepat bantai je la mcm bunga rampai jadinya..:))
2. gaulkan dgn semua kelapa goreng, serai, lengkuas, ladan hitam, garam dan ikan kering.
3. pastu, gaulkan dgn nasi panas – dah boleh makan.


SAYUR KELADI
Bahan2:-
3 btg keladi – siang bersih2 dan potong pendek
1 sb lada hitam
1 sb udang kering / ikan bilis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1sk gula
3 cawan air

cara2:-
1.tumbuk halus lada hitam, udang kering dan bawang.
2.masukkan kedalam periuk bersama dgn btg keladi
3.masukkan air, didihkan.
4. campurkan gula & garam. Dah siap.

Labels: , ,

7 Comments:

Blogger Sofea said...

ishhhh bee niii..rajin betullllll...sedapnyer tgk...jom tukar dgn kerabu mangga nak x ? hihi

January 24, 2011 at 4:30 PM  
Blogger K.Nor said...

owhhh nasi ulam dia makan dgn sayur keladi ya.. sayur keladi tu cam stail k.nor buat sayur pedas btg keladi gak, cuma k.nor tak guna bilis tp guna isi ikan..

January 24, 2011 at 5:03 PM  
Blogger K.Nor said...

ehhh baru perasan, tajuk blog bee sama dgn menu hehe

January 24, 2011 at 5:04 PM  
Blogger Unknown said...

wah sedap ni..nasi ulam tu memang my fav...nk buat kat sini tak byk lak daun ulam..mkn sini jer lah..hehe

January 24, 2011 at 5:29 PM  
Blogger Bee said...

k sofea, nakkk ...!!!!:D
nak buat kerabu mangga kena tunggu pi cheras la, kalau kat umah nanti kena makan sorang2..tak best..

January 25, 2011 at 9:43 AM  
Blogger Bee said...

kaknor, sama je tuh..buat asam pedas rebus pun sedap kan...:P

January 25, 2011 at 9:45 AM  
Blogger Bee said...

nieza, guna je apa2 ulam pun yg ada..belasah je!!!:)

January 25, 2011 at 9:46 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home