Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Tuesday, May 24, 2011

SIAKAP KUKUS 3 RASA

Assalamualaikum...

tghari ni aku masak Siakap Kukus 3 Rasa..tenguk resepi ni kat blog Kak Yatie, nampak sungguh menyelerakan..tp lama gak la peram resepi ni. Kami anak beranak mmg suka sangat ngan ikan siakap ni..tambah2 lak kalau stim cam ni..masing2 mmg teruja nak makan..!!!

Ikut kak Yatie, resepi asal dr Chef Norzailina dan kak yatie cnp dr blog kak Ummi..jd aku cnp dari blog kak yatie la pulak..leh kan kakk!!! hehehh..tq. terima kasih pd tuan punya resepi , kak ummi & kak yatie ya..

resepi ni mmg sedap, tak rugi mencubanya...kuah tu mmg aku lebihkan sbb anak2 suka kuah banyak2...ikan tu aku wrap dlm aluminium foil je, kukus pastu tuangkan kuah dia then kukus lg..

Resepi kat bawah ya..

SIAKAP KUKUS 3 RASA

Resepi : Chef Norzailina Nordin

Sumber: kak yatie

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis

Cara Memasak:-

  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


Labels:

Thursday, May 19, 2011

GULAI IKAN YU




Assalamualaikum...

amacam?? sihat semua..kalau ada yg rasa pning2, batuk2, rasa2 nak selsema ke cepat2 la pi klinik no..kami anak beranak Alhamdulillah..sihat!!!

masa cuti hari wesak lepas anak2 sibuk suruh beli ikan yu. ni menu wajib balik kg nih, ingat2 aku sejak kecik lg aku mmg minat ngan ikan yu, buat gulai ka, goreng saja atau bakar cicah air asam..hmmm sdapnya..arwah tokwan suka betul ngan ikan yu, pastu la ni ayah pulak..dah turun kat cucu2 lak la ni..

kat pasar tu yg jual ikan yu ni kebanyakannya bangsa India..dan yg beli pun banyak India gak la..beli aku kata nak ikan yu mcm pelik je diorang pandang..naper?? pelik ka???

tp ramai gak yg tak suka ikan yu ni..sbb bau dia la..tp bila dah celur dlm air panas & kikis kulit tu ok la..masa proses tu bau dia mmg kuat la, kalau tak tahan mmg tak lalu makan..

aku buat gulai..masak gulai ala2 kari mamak..lama sungguh tak masak gulai. anak2 tak sabaq2 nak makan gulai yu..bila tenguk anak2 makan bersungguh..rasa seronok sangat..:)


resepi biasa je, takyah la tempek sini kan ramai yg tahu masak gulai / kari ni kan..dekat2 cuti ni hati mula la teringat kg, rindu ngan ayah..& rindu nak ziarah pusara arwah mak..bila masak gulai yu ni lak rasa sentimental semacam je..huhuhu...

Labels: ,

Wednesday, April 6, 2011

KERAPU OH KERAPU...

habis keje semalam bigboss terus pi memancing ngan member2 dia, sampai rumah pun dah dekat kul 2am...sib baik bawa balik kerapu besaq lak tuh maunya dekat 6 kg rasanya. dulu2 marah tul kalau bigboss kuar mancing dgn member2 dia..sampaikan kalau pi mancing mesti dia tak bagitau, mesti kita ngamuk nye..tp la ni dah cool sikit, biaq la dia ngan hobi dia tuh, asal tak lupa anak bini dah...:) (ayat pasrah sebenarnya nih...!!)


so hari ni kita buatkan sweet sour 1/4 dr ikan tu..bahagian ekor je tuh, ada lg 3 bahagian!!!


pastu buatkan pajeri terung yg dah lama sangat dok peram hasrat, memandangkan bigboss kuar keje lambat hari nih tu yg buatkan pajeri, ada la member utk suap2 kan..kalau ngan anak2 diorang tak layan pajeri nih..

pasni nak sambung projek shell cistat lg...esok siaplah, Insyaallah..

Labels: , ,

Friday, March 25, 2011

GULAI IKAN

Assalamualaikum...

aku tak tau la pasai apa hari jumaat jd hari paling sibuk..padahal sama je mcm hr2 lain, ada 24 jam jugak..agaknya sbb bigboss ada rumah kot...:)

masa balik dr kampung minggu lepas ayah ada bekalkan setandan pisang awak, limau nipis jgn cakapla..leh tahan 2 bulan selalunya...pisang tu aku dah bedak2 dah kat jiran belakang, kiri, kanan & belakang..tinggal la 3 sikat kat rumah sbb budak2 suh buat cekodok...pg td pun ada lg pisang, tu yang buatkan benda nih..


hehehe..ni bukan apam balik ya..ni lempeng pisang, cuma aku letak kelapa parut dalam tuh sebelum lipat.

tghari td lak masak gulai ni...


nama ikan ni ikan pisang..hehehe..kebetulan lak, sbenarnya tak nah beli pun ikan ni, tp bila tenguk segar je tu yg ambik tu..teringat lak nak buat gulai style nih..panggil gulai je tak tau nama betulnya apa..

gulai ni mmg sedap pd tekak kami sekeluarga, ala2 masak lemak cili api tp taklah pedas sangat..

GULAI IKAN

bahan:-

3 keping ikan - apa2 jenis ikan (ikan merah & jenahak lg sedap)
3 btg serai
1 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 labu bawang besar
3 tangkai cili kering- rebus dulu
5 biji cili api
3 keping asam keping
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 cwn air rebusan ikan
1 cwn santan pekat
minyak utk menumis

cara2nya:

1) bersihkan ikan, lepas tu rebus ikan bersama 2 cwn air , garam & sekeping asam - biarlah mendidih sekejap dan tutup api.
2) blend serai, halia, lengkuas, bawang, cili kering & cili api hingga halus.
3) panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan kisar - biarkan sehingga hampir kering, masukkan air rebusan ikan, baki asam keping dan masak lg hingga menddidih.
4) masukkan ikan yg telah direbus dan masukkan santan pekat.
5) kacau ngan hati2 jgn sampai ikan hancur.
6) bila mendidih , tutp api. SIAP.

Labels: ,