BUAH MELAKA
hari ni masing2 kekenyangan makan nasi ngan gulai ketam dan ratah cendawan goreng, sampai sendawa pun rasa cendawan..heheheh:)
lepas ambik hanim ptg td, terus masuk dapur buatkan buah melaka..tetiba je rasa nak makan buah melaka..anak2 sibuk mandi sembahyang & mengaji..aku dok bersilat kat dapur siapkan buah melaka..mentang2 la cuti...:/
ramai dah tahu buat buah melaka kan...tp nak letak gak kat sini utk rujukan anak2..:)
BUAH MELAKA
bahan2:
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1 sk pandan paste
1 keping gula gerek @ gula kabung - potong dadu kecil2
1 cawan air campur 1/2 sb garam kasar
1 kelapa parut - putih sahaja gaulkan dgn garam halus
cara2:-
1) didihkan air dlm periuk.
2)masukkan tepung kedalam bekas, masukkan pandan paste. masukkan air garam sikit2, uli hingga sebati - air tak perlu habiskan. agak2 boleh bulatkan ok la..
3) ambil sedikit adunan, masukkan gula ditengah2 dan bulatkan hingga tutup gula sepenuhnya. kemaskan.
4) masukkan ke dalam air mendidih. buat sampai habis. sementara tu, mana buah melaka yg dah timbul dlm periuk bolehkan diangkat dgn penapis, masukkan ke dalam bekas berisi kelapa parut. golekkan atas kelapa. hidangkan.
Labels: kuih muih


3 Comments:
sedapnya buah melaka ni...lama tak buat ni..:)
uikkk Bee..rasa mcm bulan pose pulak...sbb kuih ni bulan pose baru buat, hehe..Bee mmg rajinnn! :)
nieza, tu la..last sekali buat masa bulan posa lepaih la..:)
k. sofea, nak tunggu bulan posa pulak jenuhla kak...hehehe
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home