Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Thursday, May 5, 2011

PUDING KARAMEL

Asaalamualaikum..

salam pg khamis utk semua, pd yg berpuasa sunat ke ganti ke..selamat berpuasalah ya...

hari ni nak kongsi puding karamel yg dibuat beberapa hari lepas, kami seisi keluarga mmg suka puding karamel nih, tambah2 lg karamel tu bg hangus2 sikit..hmmm mmg sedap kan!!!


banyak resepi puding karamel ni, kalau kat Myresepi tu ada mcm2 cara..tp yg ni aku guna resepi sll aku buat yg diajar oleh sorang kakak yg pernah keje kat ofis dulu..kakak yg ajar ni namanya kak nora tp dah kembali ke Rahmatullah sebab breast cancer 3 tahun lepas...moga Rohnya sentiasa dicucuri rahmat..Amin..

ni versi kukus, sebab tu teksturenya kurang cantik dari luar..entahla kalau kukus je selalu jd camni sbb tu aku suka bakar cara 'double boiler'..smooth je texture dia..


Resepinya mudah sangat, anak dara kat rumah pun leh buat pejam mata:)

Bahan2:

Karamel :
5 sb gula pasir
1/4 cwn air

Puding:
7 biji telur
7-9 sb gula pasir
1 sk esen vanila
1 tin susu cair
1 tin air
secubit garam halus

Cara2:

1. Karamel: masak gula dgn air hingga mendidih dan kacau hingga gula perang. cepat2 tuangkan ke dalam loyang.
2. puding:dalam bekas lain gaulkan telur, gula & esen sekadar rata - tak perlu pukul sampai kembang.
3. masukkan susu cair dan air - kacau sebati.
4. tapis ke dalam loyang karamel td.
5. ready utk kukus (10 - 15 minit) atau bakar (30 minit).
6.bila dah masak, sejukkan dulu baru keluarkan dr loyang. sejukkan dlm petiais sebelum makan...mmg yummy la masuk tekak..

Labels:

6 Comments:

Blogger cik cek said...

Salam Bee...

Wah! ada pudding karamel kat sini...kalau panas2 mkn puding cam gini...sejuk je rasa menelan kat tekak...fav anak bujang kak cek ni....

May 5, 2011 at 10:44 AM  
Blogger HaSue said...

perghh..terer tul anak dara kak B..haha..

tu laa.kukus2 mmg kejadian x sehalus bain marie kan kak..apa2pun nmpk gojes dah di makeup tu..bak skett

May 5, 2011 at 12:35 PM  
Blogger Nazrah said...

Salam Bee...

puding caramel ni belum pernah cuba...nanti kita cuba yer...izin salin resepi

May 5, 2011 at 1:49 PM  
Blogger Kak Sam said...

Bestnya. saya suka puding ni tapi malas nak buat sbb sendiri buat sendiri makan.

May 5, 2011 at 2:28 PM  
Blogger Abg Ijal said...

Mmmmm....my fav!!!
Petang2 ni hari masih panas mmg sedap makan puding berulam air juice!

May 5, 2011 at 2:48 PM  
Blogger Bee said...

@ kak cek,
puding ni mmg simple, dulu suka sangat beli kalau bulan posa..sepotong rm2.50, dah tau buat ni mmg puas hati la..:)

@ hasue,
lama kat kg yea..yela, hodoh rupanya kalau kukus kan, tp nak makan sendiri ok la..

@ nazrah,
cuba la, mmg mudah sangat sbb tu suka buat. benda2 simple ni bee mmg suka..:D

@kak sam,
ye lah kaksam, kalau buat apa2 xde org makan mmg tak seronok..setakat makan sorang beli jelah kan lg berbaloi..:)

@ Abg Ijal,
hmmm..mmg tak dinafikan kesedapannya..!!!:)

May 5, 2011 at 9:26 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home