Nuha Homemade

Masak2 umpama terapi dalam hidupku...

My Photo
Name:
Location: Rawang, Malaysia

Hanya insan biasa... Lahir 1972.. Asal Kedah.. bahagia dgn 4 Cahayamata yg suka makan2..:)

Monday, March 21, 2011

PULUT SEKAYA

nama lain pulut serimuka..tp aku rasa ada kelainan antara pulut sekaya ngan pulut serimuka nih...pulut sekaya yg aku kenai dr kecik2 lg kepalanya tak dicampur tepung..memang pure santan, telur, gula, daun pandan & rempah ratus je..


penyediaannya agak leceh sikit la..kena betul2 kalau tak kepalanya tak menjadi..aku suka sangat pulut sekaya style nih, rasa lemak manisnya digandingkan dgn pulut mmg serasi..sebelum2 ni buat tak pernah jd, ni baru dpt sijil lulus la nih..bukan main seronok bila kepala tu betul2 jadi...

meh nak kongsi resipi kat sini...


PULUT SEKAYA
Resipi: bee

BAWAH:
400 g beras pulut - rendam dulu semalaman pun takpe, lg cepat kembang
1 biji kelapa - jdkan 2 1/2 cwn santan
garam (agak2)

cara:
1. panaskan kukusan
2. toskan beras pulut
3. tabur garam dipermukaan dulang, masukkan beras pulut, ratakan dan masukkan santan, biar santan sama paras dgn beras pulut. nak masukkan daun pandan pun boleh.
4. kukus selama 30 minit. keluarkan dulang, buang kaun pandan dan tekan pulut sehingga mampat guna senduk atau daun pisang, kalau pulut belum cukup lembut kukus lg.

* sama saja kan dgn resipi lain..

ATAS:

bahan2:
3 biji kelapa parut , putih sahaja - jdkan 3 cwn santan atau guna 3 kotak santan kotak - tapis
5 biji telur + 3 cwn gula pasir - blend
3 bj bunga lawang + 2 batang kayu manis + 2 bj cengkih + 2 sb jintan manis + 2 ulas bawang merah + 3 helai daun pandan - tumbuk lumat dan campurkan dgn 1/3 cwn air dan perah ambik pati sahaja (tapis)
garam secukup rasa
* boleh tambah pandan paste kalau suka

cara2:
1. campurkan ketiga2 bahan di atas ke dalam satu mangkuk dan gaul rata - guna senduk sahaja.
bila pulut dah betul2 lembut, tuangkan perlahan2 ke atas lapisan pulut.
2. kukus lg selama 30-45 minit atau sehingga masak. bila bahagian tgh nampak mengelembung tandanya dah masak la..
3. keluarkan dulang dan biarkan sejuk..
4, seeloknya masa mengukus, cover penutup dgn kain supaya air tak menitik atas kuih.
5. biar sejuk baru potong..
6. kepala santannya nampak seperti 2 lapisan
7.penggunaan gula mmg banyak untuk kepala tu..sbb tok guru aku cakap manis baru sedap..:)


Nota : untuk kepala, pastikan santan betul2 pekat..

Labels: ,

2 Comments:

Blogger Trying To Be Muslim.. said...

Bee...ayu penah gak wat ni..memang sedap n lemak2 kaya campur pulut...kene perghhhhh!!!

nak mintak, agak2 ni dah abis ke blom eik?:)

March 22, 2011 at 8:47 AM  
Blogger Bee said...

ayu, mmg sedap pd tekak nih..anak2 pun suka. buat tghari..malam dah abis!!!!

March 22, 2011 at 1:29 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home